Trailer permainan baharu Fast & Furious Crossroads dimuat naik

Walaupun tiada filem baharu Fast & Furious dilancarkan pada tahun ini, Codemasters tetap akan melancarkan karya terbaru mereka iaitu permainan video Fast & Furious Crossroads.

Judul tersebut akan mengandungi watak-watak dari siri filem Fast & Furious seperti Dom, Roman, dan ramai lagi. Ia merupakan sebuah permainan perlumbaan aksi yang menonjolkan aktiviti-aktiviti merbahaya sama seperti yang ditunjukkan dalam filem-filem Fast & Furious.

Fast & Furious Crossroads akan dilancarkan pada 7 Ogos 2020 di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One. Untuk maklumat lanjut mengenai judul ini, anda boleh rujuk laman web rasminya.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+