Malaysia menganjurkan Para Malaysia Esports League, hadiah terkumpul sehingga RM10,000

Demi menjadikan esukan lebih inklusif dan mudah untuk diakses, Malaysia kini menganjurkan pertandingan e-sukan pertama untuk golongan kelainan upaya bermula sekarang sehingga 24 Oktober ini. 

Pertandingan Para Malaysia Esports League 2021 (Para MEL21) ini adalah selari dengan usaha pihak kerajaan Malaysia yang ingin membangunkan suasana e-sukan di negara ini sambil menyediakan ekosistem yang lebih selamat dan terbuka untuk komuniti permainan tempatan menjadi profesional tanpa mengira identiti mereka. 

Para MEL21 ini dianjurkan oleh Techninier dan Esports Integrated (ESI) dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini turut menawarkan hadiah terkumpul sehingga RM10,000 buat para pemenang, selain memberikan platform untuk mereka mempamerkan bakat di dalam esukan. 

“Menyediakan peluang untuk semua peserta sentiasa menjadi tulang belakang bagi setiap program dan inisiatif KBS, dan ini termasuk e-sukan,” kata Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu. 

“Dengan e-sukan terus membangun menjadi fenomena global dan kini berkembang menjadi industri terbesar di dunia adalah sangat penting bagi memastikan lebih banyak akses diberikan kepada peminat e-sukan dan ianya termasuk kepada golongan OKU,” tambahnya.

Para MEL21 akan berlangsung bermula sekarang hingga 24 Oktober ini.

Sepanjang bulan pertandingan ini berlangsung, pemain yang mendaftarkan diri di esukan.gg juga berkelayakan untuk sertai Hebat Challenge menampilkan permainan yang dibangunkan oleh Techninier, Super Jones, yang menawarkan hadiah sebanyak RM1,000.

Permainan utama bagi Para MEL21, PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBGM) akan berlangsung bermula 18-24 Oktober ini, dengan dua kategori iaitu secara solo atau skuad. 

Di samping itu, juara PUBG bagi Malaysia Esports League 2021, juga dijemput untik sertai PUBGM Show Match pada 9 Oktober ini bersempena Malaysia Esports Festival (MEF) yang dibuka untuk semua pemain yang berdaftar.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+