Mavericks: Proving Grounds – Game Battle Royale 1,000 Orang Telah Dibatalkan

Bagi mereka yang menantikan pertempuran battle royale seramai 1,000 orang, berita buruk kepada korang kerana pembangunan Mavericks: Proving Grounds telah diberhentikan.

Game shooter battle royale dibangunkan oleh Automaton Games ini mula diumumkan di E3 2018 yang memperkenalkan perlawanan 400 pemain pada satu-satu masa iaitu 4 kali ganda berbanding Fortnite dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

Sayang sekali, game ini dibatalkan menurut satu pengumuman rasmi dibuat melalui laman rasmi Automaton kerana kekurangan pembiayaan. Game shooter psychological thriller milik studio yang sama berjudul Deceit yang mana dilancarkan pada 2017 tetap beroperasi seperti biasa. 

Berita ini amat mengejutkan kerana mereka baru sahaja melancarkan fasa Alpha untuk Mavericks pada minggu lepas.

Nampak gayanya, Mavericks: Proving Grounds tidak akan direalisasikan melainkan ada studio lain mengambil alih tampuk pembangunan.

Sumber: VG24/7

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+