Microsoft Xbox tutup 3 studio Bethesda, termasuk pencipta Hi-Fi Rush

Microsoft Xbox akan menutup tiga studio Bethesda Softworks termasuk Arkane Austin, Alpha Dog Studios dan Tango Gameworks.

Tambahan lagi pasukan di Roundhouse Games juga akan diubah untuk pembikinan The Elder Scrolls Online di bawah ZeniMax Online Studios.

Studio Hi-Fi Rush iaitu Tango Gameworks juga menjadi tanda tanya apabila permainan video itu mencatatkan jualan yang sangat tinggi dan sangat positif malah diterima ramai juga bakal ditutup.

Menurut Matt Booty, Ketua Xbox Game Studios mengatakan keputusan ini dibuat untuk mengubah keutamaan semula beberapa permainan video dan pengurangan sumber.

“Ia bagi memastikan Xbox boleh melabur lebih kepada portfolio permainan video dan harta intelek baru,” menurut Booty.

Beberapa staf dari Arkane Austin akan menyertai studio lain untuk membantu Bethesda dengan projek-projek lain.

Xbox setakat ini masih belum memberi apa-apa komen mengenai jumlah berapa ramai pekerja mereka yang dibuang.

Rujukan: Reuters

RELATED NEWS

+