Mobile Legends: Godz Genesys Juara Zon Borneo Celcom XPAXKEK Semester 2, Tahniah!

Terbang jauh dari Sabah, nyata pemain Genesys Esports tidak memberi peluang kepada wakil tuan rumah, Maximus Rex dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dari memenangi kejuaraan Celcom XPAXKEK Semester 2 bagi Zon Borneo!

Nex boleh dikatakan pemain yang mencetuskan kejutan dalam kejohanan ini.

Dalam pertarungan best of 3 itu, Godz Genesys rata-ratanya mempunyai pemain yang bijak drafting mengikut hero-hero yang hebat dalam teamfight. Nex yang bermain sebagai Mage nyata terus hebat bermain sebagai Lunox dan Harith di game kedua. Malah, tank yang dipilih seperti Grock dan Akai juga mencetuskan kejutan dalam teamfight

Mereka diwakili oleh Mohamad Madani Bin Ahmad (Gen Kaka),  Nur Ikhwan Hadi Bin Hasnul Hady (Gen Law), Clearance Ng Khai Siang (Gen Cl3aRance),  Mohamad Walid Shahmir bin Mohammad (Gen Nex), Ooi Min En (Gen Kraken) dan Muhamdad Hairi Bin Endri (Gen Errymaest).

Genesys mencatatkan skor 2 – 0 dalam perlawanan sengit itu sekali gus layak ke Grand Final di The Curve, Kuala Lumpur pada akhir November nanti. Lihat kembali livestream di bawah:

MLBB CELCOM #XPAXKEK SEM 2 Grand Final Zon Borneo – Maximus Rex [UNIMAS] vs Godz Genesys [UMSKAL]

Demi maruah kampus, demi maruah negeri! Saksikan kehebatan pasukan Sarawak, Maximus Rex dari Universiti Malaysia Sarawak berlawan squad Sabah iaitu team Godz Genesys dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan [UMSKAL] di Zon Final Celcom #XPAXKEK SEM 2 di :(https://www.facebook.com/mygameondotmy/) dan (https://www.youtube.com/user/TV3MALAYSIAOFFICIAL)

Posted by My Game On on Sunday, September 22, 2019

Edisi kedua Celcom XPAXKEK membawakan 2 kategori pertandingan iaitu Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile dengan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak RM180,000.

Mengikut format semester lepas, pelajar-pelajar bertanding dalam lima zon iaitu:

  • Borneo (Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah & Sarawak) – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching pada 21 & 22 September 2019 
  • Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) – Paradigm Mall, Johor Bahru pada 27 & 28 September 2019
  • Tengah (Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya) – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam pada 5 & 6 Oktober 2019
  • Utara (Perak, Penang, Perlis & Kedah) – Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk Pulau Pinang pada 12 & 13 Oktober 2019
  • Pantai Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang) – Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang pada 26 & 27 Oktober 2019
  • Grand Finale – The Curve, Damansara pada 23 & 24 November 2019

Pasukan-pasukan berdaftar akan bertanding bagi merebut kedudukan 16 terbaik dalam peringkat online. 16 pasukan yang layak untuk kedua-dua game akan mara ke setiap zon bermula dari UNIMAS, Sarawak.

Pemenang pasukan dari setiap zon ini akan merebut gelaran juara keseluruhan dan hadiah wang terkumpul di The Curve, Damansara pada akhir November. Lebih menarik, kampus yang mengumpul mata tertinggi akan menerima biasiswa bernilai RM50,000 dibawakan oleh Celcom Xpax.

Pada semester lepas, juara keseluruhan disandang oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan tempat ketiga diperoleh oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

XPAXKEK Semester 2 dicetuskan secara eksklusif oleh Celcom XPAX, diaktifkan oleh Legion by Lenovo, Realme Malaysia, Malindo Airways, Honda Malaysia, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel & OYO Hotels dan disokong oleh MDEC, Mobile Legends E-Project, KBS & ESM.

RELATED NEWS

+