Inilah Pemenang Mobile Legends, Dota 2, PES 2019, Hackathon & Juara Keseluruhan #XPAXKEK Semester 1!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Kejohanan E-Sukan Kampus #XPAXKEK akhirnya tiba di acara kemuncak bertempat di Sunway Pyramid Ice Skating Rink berlangsung pada 26 dan 27 April 2019.

Pasukan-pasukan finalis yang terdiri dari pelbagai universiti dan kolej berentap dalam tiga kategori permainan iaitu Mobile Legends: Bang Bang, Dota 2 dan PES 2019 di Grand Final bagi membolot hadiah wang terkumpul RM180,000. Berikut adalah pemenang-pemenang untuk setiap kategori permainan:

PES 2019

Juara: E-UKM FC (UKM Bangi)

Naib juara: GLHF (UniSEL)

Tempat ketiga: FYP Fighters dari UniKL Mitec Pasir Gudang

Tempat keempat: UTeM Knight dari UTeM Melaka

Dota 2 

Juara: Kisa dari IIUM Kuantan

Naib juara: Geng Bas Sekolah dari MMU Melaka

Tempat ketiga: UTeM Tuah dari UTeM

Tempat keempat: UNIMAS E-Sports dari UNIMAS

Mobile Legends: Bang Bang

Juara: Ultra Instinct dari UKM

Naib juara: UMSKAL E-Sports dari UMSKAL

Tempat ketiga: Team PYRO dari Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah

Tempat keempat: Invictus Gaming PKB dari Politeknik Kota Bharu

Setelah melawati 5 zon di seluruh Malaysia iaitu Zon Utara (UTP), Zon Selatan (UiTM Lendu, Melaka), Zon Borneo (UMS), Zon Tengah (UiTM Puncak Alam, Selangor) dan Zon Timur (UniSZA), pemenang keseluruhan diberikan biasiswa berdasarkan gabungan markah tertinggi oleh pasukan yang berjaya sertai dan menang pertandingan game (tertera di atas) pada peringkat akhir. Berikut adalah penerima keseluruhan untuk #XPAXKEK Semester 1 2019!

Juara Keseluruhan – Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Naib Juara Keseluruhan – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Tempat Ketiga Keseluruhan – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Tempat Keempat Keseluruhan – International Islamic University Malaysia (IIUM Kuantan)

Selain pertandingan game, Hackathon mengalu-alukan cadangan atau idea daripada pelajar universiti untuk membincangkan serta memperbaiki isu-isu dalam industri e-sukan dan seumpamanya. Berikut adalah kumpulan yang berjaya mara ke peringkat akhir Hackathon #XPAXKEK Semester 1.

Aplikasi untuk Pasukan E-Sukan dan Cosplayer oleh Synapse (Universiti Teknologi Petronas

Cosplay Muslimah oleh The Bunga

Saksikan sesi pitch Hackathon daripada kedua-dua kumpulan di sini.

Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang! Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk menyertai #XPAXKEK Semester 1, bersiap sedia untuk #XPAXKEK Semester 2 yang telah rasmi diumumkan bakal menuju ke universiti-universiti di seluruh Malaysia.

Terima kasih kepada XPAX, Kitamen, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Predator, Sades, Moonton E-Project, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Esports Malaysia (ESM), Cadbury, Todak, Boost, Mountain Dew dan Sunway Lost World of Tambun atas kerjasama ini.

Ikuti liputan #XPAXKEK di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+