Demam MPL musim kedua mungkin sudah berakhir. Hampir 3 bulan peminat Mobile Legends seluruh Malaysia dan Singapura bertarung penat lelah mereka merebut ranking 8 teratas untuk ke playoffs, memburu hadiah wang tunai terkumpul USD64,000 (kira-kira RM267,000)."> Demam MPL musim kedua mungkin sudah berakhir. Hampir 3 bulan peminat Mobile Legends seluruh Malaysia dan Singapura bertarung penat lelah mereka merebut ranking 8 teratas untuk ke playoffs, memburu hadiah wang tunai terkumpul USD64,000 (kira-kira RM267,000)." /> Demam MPL musim kedua mungkin sudah berakhir. Hampir 3 bulan peminat Mobile Legends seluruh Malaysia dan Singapura bertarung penat lelah mereka merebut ranking 8 teratas untuk ke playoffs, memburu hadiah wang tunai terkumpul USD64,000 (kira-kira RM267,000)." />

Mobile Legends: ‘Tipulah Kalau Tak Kecewa, Tapi Kami Akan Terus Bangkit,’ – Stefan (EVOS Esports SG)

Demam MPL musim kedua mungkin sudah berakhir. Hampir 3 bulan peminat Mobile Legends seluruh Malaysia dan Singapura bertarung penat lelah mereka merebut ranking 8 teratas untuk ke playoffs, memburu hadiah wang tunai terkumpul USD64,000 (kira-kira RM267,000). 

Saiyan Reborn muncul juara selepas menewaskan pasukan Singapura, EVOS Esports SG dengan rekod 3-2. Bagaimanapun, Singapura memberi saingan baik yang patut dipuji kerana mempertahankan kedudukan mereka dalam musim liga dan di upper bracket.

Stefan (kiri) bersama ahli pasukan EVOS Esports SG

Mereka terdiri daripada kapten pasukan, Ng Shao Ming (Kolia), Chong Ru Chyi (Soul), Andrew Lim (Potato), Akihiro Furusawa (JPL), Boon Wei Xing Robert (Bambi) dan Tan Zheng Wei (Ace).

Penulis sempat menemubual skuad Singapura itu bagi mendapatkan komen mereka.

MyGameOn: Kami tahu pasukan anda berada di ranking tertinggi pada musim liga dan kemudian sangat bersedia di playoffs, mendominasi upper bracket hinggalah ke grand finals. Apa agaknya kunci kemenangan bagi pasukan anda?

Soul: Saya rasa faktor paling utama yang membantu kami sentiasa konsisten ialah kemahiran individu masing-masing. Berbanding dengan tujuh pasukan lain, kami mempunyai latihan yang kurang kalau diperhatikan dari bilangan bintang. Tapi apabila kami berlatih, saya rasakan setiap perlawanan itu ada objektif tersendiri jadi kami taklah grind setiap game tanpa hala tuju dalam sehari.

MyGameOn: Apa yang anda boleh katakan tentang esports di Singapura?

Soul: Di Singapura, ia sangat berlainan kerana semua orang sibuk dengan universiti dan kerja. Kami kemudiannya perlu berdikari dan fikirkan sendiri strategi, merancang waktu latihan dan macam-macam lagi. Kalaulah masyarakat di Singapura membenarkan kami menjadi pemain game profesional sepenuh masa barulah saya rasa kami boleh pergi lebih jauh. 

MyGameOn: Apa yang anda boleh katakan tentang kekalahan tempoh hari? Apa faktor yang menyumbang kepadanya.

Soul: Kekalahan kepada TSYR adalah kerana mereka bermain dengan baik dan outdraft kami. Saya juga tak berapa yakin untuk membawakan hero yang jarang dimainkan dan mungkin itu yang menyebabkan draft kami agak sama dan kurang versatail. Saya percaya kami kalah pada draft, semua orang boleh nampak kelainan pada game 4 dan 5.

MyGameOn: Pasukan Singapura memang bagus dalam mengekalkan perlawanan, anda tahu BAGAIMANA untuk bermain dengan betul. Adakah jurulatih dan penganalisa membantu dalam hal ini?

Soul: Saya percaya yang kami bertindak balas dengan situasi lebih cepat dan bijak. Selain itu, kami rasa kekuatan utama adalah pada strategi dan kemahiran analitikal. Bagaimanapun, kami memang inginkan seorang jurulatih kerana saya percaya ia adalah penting untuk membuatkan pasukan itu melangkah lebih jauh seperti terjadi pada Bren Esports PH.

MyGameOn: Tak mengapa dapat naib juara.. tapi mesti anda ingin sasar kejayaan lebih baik. Jadi kejohanan mana yang anda sasarkan? Dan apa kata-kata anda untuk peminat di Malaysia yang memberi sokongan?

Soul: Memang mengecewakan apabila mendapat tempat kedua tapi kami ingin sasarkan kejohanan besar lain dalam rantau ini jadi kami boleh terus berlatih dan mengekalkan momentum pasukan seperti yang kami buat di MPL ini. Untuk rakyat Malaysia yang menyokong kami pada finals, terima kasih kerana menyokong EVOS Esports SG, dan kami takkan kecewakan anda lagi!

RELATED NEWS

+