MPL ID sedang menyiasat isu ‘lag’ di antara perlawanan EVOS Legends dan Alter Ego

Hari pertama playoff MPL ID musim ke-9 mempersembahkan perlawanan yang sangat sengit di antara EVOS Legends menentang Alter Ego.

Alter Ego sempat ketinggalan 0-2 sebelum kembali menyamakan kedudukan 2-2 sama. Mereka berjaya melakukan comeback dan menyamakan kedudukan 2-2 sebelum tewas di game yang kelima.

Di dalam perlawanan yang kelima, terdapat saat di mana hero Phoveus yang dimainkan oleh Pai tidak bergerak apabila pasukan Alter Ego menyerang base pasukan EVOS Legends.

Selepas EVOS Legends memenangi perlawanan dengan skor 3 berbalas 2, tanda pagar #SavePai serta-merta menjadi topik trending di Twitter.

Perkara itu menyebabkan kemarahan di antara netizen serta peminat e-sukan Mobile Legends di Indonesia.

Di dalam sebuah hantaran Instagram MPL Indonesia, mereka berjanji akan menjalankan siasantan lanjut.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Indonesia (@mpl.id.official)

Kami masih menunggu pengumuman lanjut mengenai penyiasatan isu ‘lag’ di antara EVOS Legends menentang Alter Ego semalam.

 

RELATED NEWS

+