MPL: Rata-rata pengulas pilih Resurgence sebagai juara, Geek Fam tempat kedua

Prediksi pengulas bagi playoffs Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima tidaklah begitu mengejutkan memandangkan prestasi pasukan-pasukan di ranking musim liga nyata mempengaruhi keputusan ini.

Dalam satu posting di Facebook oleh eGG Network, rata-rata pengulas memilih Resurgence sebagai juara kali ini, diikuti dengan Geek Fam di tempat kedua.

Menurut ranking, Resurgence hanya mencatatkan kekalahan dalam satu set, begitu juga dengan Geek Fam. Kedua pasukan ini mendominasi lima minggu musim liga dengan rekod cemerlang dan percubaan pelbagai strategi berbeza.

Seperti yang dilihat, hanya Ikuto yang memilih Geek Fam sebagai juara dan yang lainnya memihak kepada Resurgence.

Dua pemain profesional, AzuraX dari Siren Clan juga memilih Resurgence tapi Kolia dari Notorious Villains memilih Team Bosskurr sebagai juara. Tidak mengejutkan kerana Team Bosskurr menunjukkan prestasi yang mantap pada akhir-akhir musim liga.

Playoffs bagi MPL MY/SG Musim Kelima akan bermula esok yang mana lapan pasukan akan berentap untuk merebut hadiah wang terkumpul RM221,500.

Hanya dua pasukan Singapura layak ke playoffs iatu Resurgence dan EVOS SG manakala NV dan Siren Clan gagal mara.

Bracket kejohanan.

Orange Esports akan memulakan perlawanan pembukaan ke atas Axis pada jam 2 petang.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+