NSEA sah umum roster Free Fire, kekal status ‘underdog’ hadapi MCPS

Teka-teki mengenai pasukan Free Fire yang didapatkan organisasi e-sukan Negeri Sembilan (NSEA) akhirnya terjawab selepas pengumuman rasmi dimuat naik di media sosial, Facebook milik NSEA semalam.

Pasukan Freedom Cheese dan NSEA akhirnya mencapai kata sepakat apabila bekerjasama untuk menghadapi arena e-sukan Free Fire musim ini.

“Kami tidak menyasarkan pasukan ini untuk terus menjadi juara dalam musim pertama. Walaubagaimanapun, kami akan kekal sebagai ‘underdog‘ bagi mencabar persaingan dengan pasukan hebat,” jelas Presiden NSEA, Muhammad Faries Faizal kepada MyGameOn.

Pasukan NSEA Free Fire ini sudah membariskan pemain seperti berikut:
-Nafis
-Dinoo
-Asta
-Mizi
-Yazid
-Ryuu

Pasukan ini pernah terlepas aksi Siri Cabaran Free Fire selepas berpuas hati di kedudukan ke-12 sewaktu kelayakan yang hanya memperuntukkan 10 pasukan teratas sahaja. Kini, mereka kembali selepas layak ke peringkat liga dengan mengharungi dua peringkat kelayakan. 

Tambahan lagi, pasukan ini sudah mengharungi minggu pertama Kejohanan Majors MCPS musim keempat dan sedang menduduki posisi ke-17 setakat ini.

RELATED NEWS

+