Orange Esports menamatkan musim kompetitif mereka dengan kolaborasi bersama Amazin’ Graze

Jenama snek sihat tempatan, Amazin’ Graze menyatakan sokongan terhadap pasukan MLBB, Orange Esports pada tahun lalu.

Menerusi kolaborasinya bersama pasukan itu, mereka membantu Orange Esports dengan pilihan snek sihat dan ini juga termasuk mengedarkan sehingga 430 pek Trail Mixes di Liga Profesional MLBB (MPL MY) musim kesepuluh dan 150 pek Trail Mix di Liga Korporat (TCL).

Orange Esports berjaya meraih 11 kemenangan berturut-turut di musim liga dan berakhir di tempat ketiga di playoffs, tewas di tangan Team Haq.

Mereka juga berjaya layak ke Kejohanan Jemputan MPL (MPLI) lalu menewaskan juara MPL Kemboja, Burn X Flash di playoffs. Prestasi yang baik ini seterusnya melayakkan mereka ke kejohanan SMART Kingdom of Legends di Kemboja.

Amazin’ Graze menawarkan lapan kategori produk yang sihat dipasarkan untuk pelbagai jenis pengguna. Kolaborasi bersama Orange Esports menunjukkan komitmen mereka untuk menukar tabiat kurang sihat dalam bab pengambilan snek oleh gamers dan mengubah stereotaip yang bermain game adalah aktiviti tidak menyihatkan.

“Amazin’ Graze bersama dengan kami dalam setiap cabaran yang ditempuh pemain di arena kompetitif. Penting untuk kita rehat dan mengambil snek sihat selepas berlatih dalam tempoh yang lama. 

“Kami teruja untuk terus menerapkan gaya hidup sihat ini antara pasukan kami di tempat kerja,” kata Keith Lee di Orange Esports.

RELATED NEWS

+