Pembangun Angry Birds, Rovio disaman kerana penyalahgunaan maklumat peribadi kanak-kanak

Pembangun Angry Birds, Rovio dikenakan saman yang dikemukakan oleh Peguam Negara New Mexico.

Ia berkaitan undang-undang maklumat peribadi kanak-kanak yang dilanggar di mana Rovio menjual data kanak-kanak bawah usia 13 tahun.

Menurut akta, sepatutnya Rovio perlu mendapatkan kebenaran daripada penjaga atau ibu bapa kanak-kanak sebelum mengumpulkan maklumat peribadi mereka yang berusia di bawah 13 tahun.

Mereka juga harus berjanji yang data ini tidak dikumpul untuk tujuan yang tidak sepatutnya.

Bagaimanapun, akta ini sudah dilanggar dan membahayakan kanak-kanak New Mexico.

Berikutan itu, New Mexico memerintahkan mahkamah untuk memberi amaran kepada Rovio. Pembangun dari Finland itu perlu berhadapan dengan hukuman sivil, yuran guaman dan kerosakan serta pampasan daripada warga New Mexico.

Setakat ini, Rovio tidak mengemukakan apa-apa maklum balas atau memuat naik kenyataan berkenaan isu ini.

Sumber: Gamingonphone

RELATED NEWS

+