Permainan Virtual Reality Angry Birds: Isle Of Pigs Diumumkan Rovio

Ada sebanyak 22 permainan Angry Birds sejak 2009, mengikut Wikipedia.

Kita menyaksikan bagaimana burung ini dibaling kepada sekumpulan khinzir dalam pelbagai mod dan peta. Juga permainan Angry Birds yang berhijrah ke genre MMO dan sebagainya. Cukup kreatif.

Tapi kali ini, Rovio cuba memperluaskan lagi skop idea mereka dengan pengumuman Angry Birds VR: Isle of Pigs. Ia dibangunkan oleh Resolution Games, sebuah studio dari Sweden yang terkenal dengan judul VR untuk tontonan kasual. 

Ia tak mempunyai tarikh rasmi tapi dikatakan akan dilancarkan awal 2019 dan mungkin akan hadir ke Oculus Rift, Vive dan Google Daydream.

Ini bukanlah kali pertama Angry Birds cuba melangkah ke pasaran luar peranti pintar. Angry Birds dibangunkan Resolution Games sebelum ini cuba memperkenalkan teknologi AR tapi masih belum dikeluarkan hingga hari ini.

Sekarang kita masih belum tahu bagaimana game VR baru ini dimainkan tapi yang pasti, ia seronok dan akan berikan pengalaman baru kepada pemain.

Sumber: Destructoid

RELATED NEWS

+