Pencipta Maple Story meninggal dunia

Jung-ju Kim adalah pengasas Nexon yang kini menjadi salah satu syarikat permainan video terbesar di dalam dunia.

Berita menyedihkan hari ini apabila beliau dilaporkan meninggal dunia pada usia 54 tahun.

Mendiang juga menjadi pelopor untuk beberapa MMO terawal termasuk MapleStory, The Kingdom of the Winds dan Mabinogi.

Is Maplestory Worth Playing in 2022? - Gamer Empire

Nexon juga mengeluarkan kenyataan mengenai kematian Jung-ju Kim.

“Dangan dukacitanya kami kehilangan seorang kawan dan mentor, Jay Kim adalah seorang individu yang banyak memberi impak positif kepada dunia,” ujar Owen Mahoney, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nexon.

Best FREE Android Games by Nexon - YouTube

“Sebagai pengasas dan pemimpin terbaik, Jay banyak membantu orang di sekelilingnya dan tidak pernah ragu-ragu dan sangat mempercayai kreativiti orang lain. Dia akan dirindui oleh keluarga Nexon dan ramai rakan,” tambah Mahoney.

Kim keluar dari Nexon pada tahun 2022 selepas Nexon masuk ke Tukaran Sahan Tokyo dan tidak lagi menjadi lembaga pengarah Nexon pada tahun 2016.

Sebab kematian tidak diberitahu tetapi NXC Corporation memberitahu Korea Times bahawa Jay menjalani rawatan depresi dan mereka juga sedih kerana depresi Jay semakin teruk.

Jung-ju Kim kini telah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak perempuan.

Peringatan

Jika anda mengenali seseorang atau mengalami masalah depresi atau pikiran yang tidak baik anda boleh menelefon Befrienders atau melayari Talian Kasih.

Rujukan: PCGamer

RELATED NEWS

+