Persona 5 R Diacah Oleh Atlus

Tiada angin tiada ribut, Atlus mendedahkan satu video acah untuk Persona 5 R.

Dalam video ini, semua skrin di suatu bandar Jepun bertukar dengan notis pengumuman berwarna merah dan protagonis Persona 5, Joker menjadi latar belakang suara memberitahu, “Joker di sini. Aku berharap korang semua sihat. Bila kita tiba di akhir tahun, ada desas-desus semakin kuat yang menandakan percaturan kami seterusnya. Namun, kita sedang menutup tirai pada tahun ini. Mac 2019. Kami nantikan kehadiran korang semua. Untuk sekarang, korang cuma perlu menunggu. Selamat tahun baru.”

Video yang berdurasi sangat pendek ini dan tidak memberi apa-apa info tentang Persona 5 R langsung. Peminat siri Persona lagi teruja dengan kemungkinan kehadiran Persona 5 ke Nintendo Switch tetapi jangkaan meleset apabila logo PlayStation yang muncul di minit pertama video.

Namun, peminat masih lagi berharap Persona 5 R adalah edisi keluaran Nintendo Switch dan mungkin akan diumumkan dalam acara Nintendo Direct iaitu satu siaran khas untuk umumkan game yang bakal keluar di Nintendo Switch. Baru-baru ini, Joker adalah karakter pertama dimasukkan dalam pek DLC Super Smash Bros. Ultimate semasa diumumkan di The Game Awards tahun lepas.

Atlus juga sering melancar kembali versi ke platform lain bagi game Persona lain seperti Persona 3 FES/Portable dan Persona 4 Golden untuk PlayStation Vita.

Buat masa sekarang, kita tahu Persona 5 R akan dibangunkan untuk konsol PlayStation dan lebih banyak info akan diketahui pada Mac tahun ini.

RELATED NEWS

+