PlayStation Plus: Dapatkan Nioh & Outlast II Secara Percuma Untuk November 2019

Tinggal beberapa bulan sahaja untuk tahun 2019 sebelum kita menuju ke tahun 2020.

Hari ini, PlayStation Asia mengumumkan game percuma khas untuk pelanggan PlayStation Plus (PS Plus). Tema game untuk bulan November 2019 lebih tertumpu kepada tema misteri dan menyeramkan.

Jom kita lihat senarai game percuma khusus kepada pelanggan PS Plus di rantau Asia (R3) bermula pada 6 November sehingga 3 Disember:

  • Nioh – Dibangunkan oleh Team Ninja, game aksi role-playing game (RPG) mengikuti perjalanan seorang pelayar bernama William menggunakan kepakaran samurainya bagi mengejar musuh di Jepun sekitar tahun 1600an yang dipenuhi dengan raksasa yokai (mistik). Game ini mengikut gaya Dark Souls dan Bloodborne ini akan mengeluarkan sekuel baru, Nioh 2 pada Mac 2020.

  • Outlast II – Sekuel kepada Outlast 1 ini mengisahkan seorang wartawan, Blake Langermann bersama-sama isterinya bernama Lynn menyiasat kes pembunuhan wanita mengandung yang dikenali sebagai Jane Doe di padang pasir Arizona. Namun, semuanya bertukar kelam kabut apabila pasangan ini terpisah selepas helikopter terhempas dan korang akan bermain sebagai Blake mengharungi sebuah perkampungan yang mempercayai kiamat semakin hampir demi mencari Lynn.

Bagi yang belum dapatkan lagi game percuma untuk bulan Oktober, dapatkan The Last of Us: Remastered dan MLB The Show 19 sekarang sebelum 6 November.

Sumber: PlayStation Asia

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+