PMSC: BTR Alice Terpilih Dan 15 Lagi Youtuber Turut Layak

Nampaknya, kita dah tahu siapa Youtuber yang akan ke PUBG Mobile Star Challenge (PMSC) 2019!

Nyata, ramai terpilih berasal dari India, Jepun dan juga Indonesia. Tidaklah mengejutkan apabila bintang daripada negara seberang, BTR Alice turut layak ke kedudukan 16 teratas memandangkan gadis ini mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam kalangan peminat PUBG Mobile di sana.

Tapi ada juga warganet yang mempersoalkan kredibiliti gadis ayu ini kerana hanya mempunyai 3 saja video di saluran Youtube miliknya dan hakikat yang tiada langsung Youtuber Malaysia terpilih untuk sesi pengundian awal. 

Baca lanjut: Tiada Youtuber Malaysia layak ke PMSC 2019

PMSC 2019 akan dianjurkan oleh VSPN dengan kerjasama Tencent Games dan PUBG Corporation serta dibawakan oleh Google Play dan akan ditayangkan khas di Youtube saja.

Tak seperti kejohanan PUBG Mobile yang lain, PMSC dikhaskan untuk content creators saja dan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul USD$250,000 (RM1.03 juta) di mana mereka akan menyertai Grand Finals di Taipei.

Ia akan mengumpulkan 32 gaming creators dari seluruh dunia dan hanya 16 teratas yang mendapat undian tertinggi saja boleh mencipta skuad dan bermain dalam kejohanan ini bersama 48 pemain profesional PUBG Mobile yang lain.

PMSC Finals tahun lepas diadakan di Dubai dan mempunyai 20 finalis dari lebih 10 rantau. Kejohanan itu dimenangi oleh RRQ Athena bersama trofi dan cek bernilai USD600,000.

Walaupun prizepool kali ini lebih kecil tapi pastinya ramai yang takkan melepaskan peluang. 

Info lanjut boleh didapati di https://pmsc.pubgmobile.com

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+