Razer akan menyediakan topeng muka percuma untuk rakyat Malaysia

Razer Fintech, syarikat di sebalik aplikasi bayaran digital Razer Pay, telah mengumumkan bahawa mereka akan menyediakan topeng muka percuma di setiap cawangan 7-Eleven di Malaysia bermula pada bulan Julai tahun ini.

Ini merupakan salah satu tindakan bawah inisiatif #RazerForLife. Razer Fintech bekerjasama dengan Berjaya Corporation untuk melaksanakan projek ini.

Para pengguna aplikasi Razer Pay boleh menebus satu topeng percuma di mana-mana kedai 7-Eleven dari bulan Julai sehingga November tahun ini. Secara keseluruhannya, anda boleh menebus lima topeng muka percuma, satu untuk setiap bulan dalam tempoh tersebut.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menebus topeng muka percuma yang disediakan oleh Razer Fintech:

  1. Muat turun aplikasi Razer Pay di telefon pintar dan sahkan akaun anda.
  2. Setelah akaun anda disahkan, anda akan menerima satu kupon topeng muka percuma pada setiap bulan sehingga November 2020.
  3. Tebus kupon pada setiap bulan melalui aplikasi-mini Razer for Life.
  4. Imbas kupon anda di kedai 7-Eleven untuk mendapatkan topeng muka.

Anda boleh menebus topeng muka percuma daripada Razer Fintech bermula dari 1 Julai 2020.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+