Selepas beberapa pasukan MPL MY mengumumkan barisan pemain baru mereka untuk musim ke-9.
Kini tiba pasukan RED Esports mendedahkan barisan pemain mereka yang menjadi misteri selama ini.
Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi mereka.
RED Esports dianggotai oleh:
- Mal – Goldlaner
- Ash – Midlaner
- Zaed – Jungler
- Dragon – Flex
- Z4 – Tank/Support
- Mom – Flex
- Rennnnqt – Offlaner
- Sorapayung – Jurulatih
- Uncle Chikanook – Pengurus/Flex
Nampaknya RED Esports akan bangkit kembali untuk musim kali ini. Terdahulu, mereka hampir lolos ke peringkat playoff namun Team Bosskur berjaya mendapatkan slot terakhir itu.
Sama-sama kita saksikan kemunculan mereka di MPL MY musim ke-9 yang akan tiba tidak lama lagi.
MPL MY musim ke-9 menyaksikan 10 pasukan akan bertarung di antara satu sama lain untuk merebut gelaran serta wang hadiah terkumpul lumayan berjumlah AS100 ribu (RM419 ribu).
Foto: MPL MY, RED Esports