Scouting apa tu Amoux?

Jurulatih Geek Fam, Ariff Iswandi atau Amoux memberi bayangan akan ada pemain baru Mobile Legends buat pasukan itu.

Dalam satu hantaran InstaStory semalam, Amoux menyatakan proses scouting (pencarian pemain baru) sudah pun bermula.

Malah, katanya latihan akan bermula seawal mungkin.

Adakah Geek Fam sudah pun memulakan proses awal untuk pencarian bakat baru bagi MPL MY S10? Sama-sama kita nantikan.

Terdahulu, Geek Fam tidak berjaya mara ke playoffs MPL MY S9 kerana berada di kedudukan tercorot di kumpulan B.

Mengikut tradisi MPL MY, pasukan tercorot dari setiap kumpulan perlu bermain kembali dari pusingan kelayakan dan tidak mendapat jemputan.

Namun, perkara ini mungkin berubah musim depan jika Moonton hadir dengan peraturan baru ataupun menjadikan liga itu sebuah francais.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+