Shroud menggesa Valve untuk menambah baik CSGO agar boleh bersaing dengan VALORANT

Streamer terkenal Michael Grzesiek atau lebih dikenali sebagai Shroud, memulakan kerjayanya sebagai seorang pemain profesional Counter Strike Global Offensive (CSGO) untuk pasukan Amerika Syarikat Cloud9. Selepas beliau bersara dari arena kompetitif CSGO, beliau memulakan saluran strimnya di mana beliau sering menyiarkan permainan PUBG dan kini, VALORANT.

Oleh itu, Shroud amat mengenali kedua-dua permainan penembak taktikal iaitu CSGO dan VALORANT, dan kini beliau menggesa agar Valve untuk menambah baik CSGO.

Menurut Shroud, CSGO adalah permainan yang ‘ketinggalan zaman’ dan ‘jauh dari sempurna’.

Shroud jelas kecewa kerana Valve tidak melakukan apa-apa untuk memperbaiki CSGO yang dibelenggu oleh penipu dan baru-baru ini mula menghadapi masalah prestasi di mana pemain secara rawak mengalami penurunan bingkai yang agak merisaukan.

“Apa yang Counter Strike sedang lakukan? Tiada apa-apa! Mereka (Valve) membenarkan Riot Games dan VALORANT merentasi mereka! Tidak mengapa! Jika Valve tak kisah, kami pun tak perlu kisah. Betul tak?” marah Shroud dalam salah strimnya baru-baru ini.

Bukan Shroud sahaja yang menyedari isu penipu ini, malah seorang bekas pembangun Riot Games juga menyedari isu ini dan menawarkan diri untuk membantu menyelesaikan masalah itu.

Shroud juga berkata bahawa isu ini bukan sahaja isu utama permainan. Beliau juga menyarankan agar Valve mengambil contoh penambahbaikan dari Dota 2 di mana Valve mengemas kini enjin permainan ke Source 2. Valve juga sudah mempertimbangkan pengemaskinian enjin CSGO kepada Source 2 dalam beberapa bulan lalu.

Nampaknya Shroud masih kisah tentang permainan lamanya walaupun sudah lama meninggalkan dunia kompetitif CSGO. Riot Games dan Valve kedua-duanya hebat membangunkan permainan kompetitif VALORANT dan CSGO, tetapi mereka perlu sentiasa peka dengan perubahan dan memperbaiki permainan mereka.

Sumber rujukan: AFK Gaming

RELATED NEWS

+