Singapura namakan lipas spesis baru dengan nama Pokemon

Baru-baru ini satu spesis lipas baharu dijumpai di Singapura.

Spesis ini mempunyai variasi yang berbeza dengan spesis di Borneo.

Ia dijumpai oleh Foo Maosheng dan Cristian Caballes Lucanas.

Pihak entomologi menamakan lipas ini sebagai Nocticola Pheromosa.

Nocticola membawa makna cintakan malam dan Pheromosa adalah Pokemon Ultra Beast.

“Terdapat beberapa persamaan diantara Pheromosa dan lipas yang kami jumpa, seperti sesungut panjang, sayap yang mempunyai tudung dan kaki kurus yang panjang,” ujar Foo.

“Kedua-dua kami juga adalah peminat setia Pokemon dan kami fikir kenapa tidak untuk namakan lipas itu dari seekor Pokemon yang diinspirasikan dari seekor lipas,”

Selepas dijumpai, lipas ini sebenarnya tidak pernah didokumentasikan secara saintifik.

RELATED NEWS

+