Spider-Man PS4 Adalah Game Superhero Paling Laku, Mengalahkan Batman: Arkham City

Marvel’s Spider-Man mengungguli carta video game bertemakan superhero paling laku di Amerika Syarikat menurut senarai NPD.

Penganalisis NPD, Mat Piscatella mendedahkan game dibangunkan oleh Insomniac Games yang hanya dilancarkan di PS4 pada 2018 berjaya mengalahkan pesaing terdekat iaitu Batman: Arkham City.

Batman: Arkham City merupakan sekuel kepada Batman: Arkham Asylum yang dilancarkan pada 2011 di PS3, PC dan Xbox 360. Francais Batman: Arkham yang dibangunkan oleh Rocksteady ini (kecuali Batman: Arkham Origins) meraih pujian tinggi dalam kalangan pemain dan pengkritik sebagai siri game superhero menyeronokkan yang mencakupi pengalaman bermain sebagai Batman dan ia sering digunakan sebagai satu tahap ukur untuk membandingkan game bertemakan superhero lain.

Kehadiran Marvel’s Spider-Man berjaya memukau pemain (termasuk saya) kerana korang berayun-ayun sekeliling bandar New York sebagai Spider-Man dan menyelamatkan orang awam daripada musuh-musuh ketatnya seperti Wilson Fisk dan Mister Negative serta selami kehidupan sebagai Peter Parker yang baru sahaja menerima segulung ijazah dan bekerja sebagai pembantu makmal Dr. Otto Octavious.

Spider-Man sememangnya dibanggakan oleh kedua-dua pihak Sony dan Marvel. Dalam satu sidang akhbar Sony, game superhero labah-labah ini dipilih untuk menonjolkan kepantasan luar biasa konsol baru, PS5. Baru-baru ini, filem Spider-Man: Far From Home mencipta rekod kutipan paling tertinggi berbanding filem Spider-Man lain.

Sumber: Game Informer

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+