Streamer yang dikenali sebagai IShowSpeed kini viral di banyak laman sosial kerana menyalakan bunga api Pikachu di dalam biliknya.
Sudah terang lagi bersuluh, menyalakan bunga api di dalam rumah adalah satu perkara yang sangat berbahaya.
Nampaknya Speed memandang rendah kebolehan bunga api pikachu ini.
This dude Speed deadass set off a whole ass firework pikachu IN HIS ROOM BRUH 😭 pic.twitter.com/SANjWhuqjv
— Classify 😼 (@Class) July 4, 2022
Ketika bersiaran-langsung, dia kemudian membakar bunga api itu kemudiannya panik dan menjerit pertolongan sambil berlari keluar dari biliknya.
Speed memohon pertolongan ibunya dan nampaknya ibunya marah dengan situasi itu.
Selepas itu pihak bomba datang untuk melihat kerosakan yang dibuat oleh Speed.
Malah penggera keselamatan juga berbunyi.
KSI juga ada membuat ciapan tweet mengenai perkara ini.
@ksi he aint neva seen it coming 🙁 pic.twitter.com/QK1bUyKaxn
— blqnck (@blqnck) July 4, 2022
Satu peringatan yang baik untuk semua orang jangan bermain bunga api terutamanya di dalam rumah.
Nampaknya Pikachu di dalam video ini bertukar dari Pokemon Electric Type ke Fire Type.