The Game Awards 2020 umumkan kategori-kategori anugerah dan calon-calon terpilih

Kategori-kategori anugerah The Game Awards 2020 bersama calon-calonnya kini telah diumumkan dan para peminat permainan video boleh mula mengundi permainan kegemaran masing-masing. Para pemenang akan diumumkan pada hari kelangsungan acara tersebut pada 11 Disember ini.

Setiap calon dalam majlis anugerah ini dipilih oleh juri antarabangsa yang merangkumi lebih daripada 95 saluran media dan pempengaruh. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian daripada juri (90%) dan undian awam (10%). Undian boleh dibuat di laman web rasmi The Game Awards dan tarikh tutup pengundian adalah pada 10 Disember pada waktu 10AM.

Secara keseluruhannya, terdapat 30 kategori berbeza. Antara kategori besar dan calon-calonnya adalah:

Game of the Year

  • Doom Eternal
  • Final Fantasy VII Remake
  • Ghost of Tsushima
  • Hades
  • Animal Crossing: New Horizons
  • The Last of Us Part II

Best Mobile Game

  • Among Us
  • Call of Duty Mobile
  • Genshin Impact
  • Legends of Runeterra
  • Pokémon Cafe Mix

Best Multiplayer

  • Animal Crossing: New Horizons
  • Among Us
  • Call of Duty: Warzone
  • Fall Guys: Ultimate Knockout
  • Valorant

Best Esports Game

  • Call of Duty: Modern Warfare
  • Counter-Strike: Global Offensive
  • Fortnite
  • League of Legends
  • Valorant

Best Esports Team

  • Damwon Gaming (League of Legends)
  • Dallas Empire (Call of Duty)
  • G2 Esports (League of Legends)
  • San Francisco Shock (Overwatch League)
  • Team Secret (DOTA 2)

Untuk maklumat lanjut mengenai acara The Game Awards 2020, anda boleh melayari laman web rasminya di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+