Tiada Barbossa dan Anip di MPLI 2023

Pasukan HomeBois sepertinya tidak membawa masuk Anip dan Barbossa di Kejohanan Jemputan Liga Profesional MLBB (MPLI) 2023 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 15 hingga 19 November ini.

Mereka menggunakan barisan pemain sama seperti di MPL MY musim ke-12 yang baru saja berakhir tidak lama dulu.

 

MPLI 2023 kali ini menggunakan format berbeza di mana peminat yang akan menentukan undian untuk pasukan mana akan berlawan dengan pasukan kegemaran mereka. Ramai yang mengundi pasukan Geek Fam ID sebagai saingan HomeBois kerana pasukan itu adalah lawan yang sama di peringkat kumpulan di kejohanan dunia MLBB, M5, Disember depan.

Kejohanan ini juga mengumpulkan hadiah terkumpul AS$100,000 (RM467,000) dan enam skuad MPL ID dijemput sementara empat lagi pasukan dari Filipina juga mendapat jemputan terus.

HomeBois adalah satu-satunya wakil Malaysia ke kejohanan itu selepas menjuarai MPL MY S12 tempoh hari.

RELATED NEWS

+