ToGather:Island Adalah Game Open-World Survival Adventure Buatan Malaysia Bakal Lancar Pada 2019

Bayangkan keseronokan membina dalam Minecraft bertembung dengan debaran untuk terus hidup dalam hutan liar dalam Don’t Starve.

Todak dan Studio Kamii yang kini berada di Los Angeles untuk E3 menonjolkan trailer pengumuman terbaru untuk ToGather:Island.

ToGather: Island adalah game berbentuk open-world survival adventure ke dalam dunia penuh dengan keunikan magik dan sains. Korang bakal berhadapan pelbagai cabaran di alam penuh ragam dan merungkai misteri kepulauan bersama golem di samping pemain.

Trailer di atas menunjukkan pemain boleh mengubahsuai penampilan karakter, bercucuk tanam, memburu haiwan di darat dan di lautan, meneroka ke pulau lain menggunakan rakit serta menebang pokok untuk kumpul bahan bagi membina tempat perlindungan.

Dalam trailer sama, ia menunjukkan cara permainan yang mana pemain harus cekap mengelakkan diri daripada cengkaman kuasa aneh daripada dikejar oleh rangka manusia atau ditelan oleh badak air menyamar jadi batu. Game ini turut boleh dimainkan bersama rakan-rakan seramai 4 pemain melalui mod co-op dan multiplayer.

Kami telah bermain demo ToGather:Island dan trailer di atas menunjukkan satu peningkatan besar dari segi grafik serta keseluruhan sistem combat. Kami telah berborak bersama pengarah game, Hanis Rahim untuk menjelaskan lebih lanjut tentang sistem cuaca, crafting, pengembaraan ke gugusan pulau lain dan golem yang menemani pemain.

ToGather:Island sedang dalam pembangunan dan dijangka keluar pada tahun ini di PC. Untuk pelancaran di konsol, ini masih lagi dalam perancangan.

RELATED NEWS

+