vivo lancarkan peranti boleh lipat vivo X Fold dan peranti premium, vivo X Note

vivo mengumumkan kemasukan ke pasaran peranti pintar boleh lipat dengan pelancaran vivo X Fold di China. Bersama-samanya adalah vivo X Note, satu peranti pintar premium Android dengan paparan 7 inci dan vivo Pad, tablet pertama dari vivo.

vivo X Fold mempunyai paparan AMOLED 8.03 inci dengan 120HZ dan dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1. Peranti ini hadir dengan 12GB RAM dan tawaran dua storan iaitu 256GB dan 512GB yang berharga CNY 8,999 (sekitar RM5,960) dan CNY 9,999 (RM6,620).

Bagi kapasiti bateri, peranti pintar boleh lipat ini mempunyai bateri 4,600 mAh dan sokongan 66W bagi pengecasan ada wayar dan 50W, nirwayar. Ia juga mempunyai tetapan kamera-kuad di belakang dengan Zeiss Optics bersama 50MP F/1.75 sensor utama dan 48MP kamera ultra-lebar.

Bagi vivo X Note pula, ia mempunyai paparan AMOLED 2K berukuran 7 inci dengan 120HZ. Ia dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 1 dan cip dibuat oleh vivo sendiri iaitu V1. Ia juga mempunyai pengimbas cap jari 3D ultrasonic berserta 8GB RAM +256 GB storan, 12GB RAM +256GB storan dan 12GBRAM + 512GB storan.

Model ini berharga CNY5,999 (sekitar RM3,990) sementara 12GB RAM berharga sekitar RM4,320 dan RM4,650. 

 

Tablet pertama vivo pula mempunyai paparan 2.5K berukuran 11 inci dengan 120Hz kadar segar semula, disokong Dolby Vision.

Ia juga mempunyai bezel yang sangat nipis dan sokongan aksesori papan kekunci untuk pengalaman seperti menaip di laptop.

Tablet ini berharga sekitar RM1,660 dan RM1,990 untuk storan 8GB+128GB dan 8GB+256GB.

Buat ketika ini, masih belum ada berita tentang kemasukan model-model ini di pasaran Malaysia.

RELATED NEWS

+