vivo melancarkan model entry-level, vivo Y18 dengan harga bermula RM529

vivo baru-baru ini mengumumkan peranti pintar entry-level iaitu vivo Y18.

Ia adalah peranti pintar yang mempunyai ciri inovatif dengan adanya ketahanan bateri dan storan yang agak tinggi. 

Rekaannya menggunakan 2.5D smooth holding dengan menawarkan genggaman selesa. Selain itu, ia juga mempunyai kadar segar semula 90Hz dan 840 nits paparan cahaya biru untuk kesesuaian tatapan mata. Walaupun entry level, ia juga mempunyai ciri IP54  dan volume booster sehingga 150%.

Di bahagian kamera, ia menggunakan tetapan 50MP Portrait yang sesuai untuk anda merakam momen berharga.

Terdapat dua pilihan warna ditawarkan iaitu Wave Aqua dan Mocha Brown. vivo Y18 dijual dengan harga RM529 untuk varian 12+128GB dan RM599 untuk pilihan 16+128GB.

RELATED NEWS

+