Celiboy ‘digilai’ peminat Mobile Legends di Filipina

Pemain Alter Ego Esports, Celiboy kini menjadi kegilaan gamers di Filipina apabila ramai yang mengikuti gaya rambut jejaka Indonesia tersebut dan menambah ‘boy’ di belakang IGN mereka.

Pemilik nama Eldin Rahadian Putra ini memukau perhatian penonton wanita dan juga pemain pro serta pengulas.

Sebagai contoh, pemain Aura PH dan Bren Esports iaitu Rafflesia dan FlapTzy menggunakan gaya rambut sama dan menambah IGN boy.

Foto: ONE Esports

Dilaporkan ONE Esports, ramai juga wanita yang menyukai jejaka ini. 

Foto: ONE Esports

Celiboy mencipta kejutan bagi pasukan Alter Ego apabila berjaya membawa pasukannya raih tempat keempat di kejohanan dunia MLBB, M2. Beliau sebelum ini pernah bersama RRQ TCN dan Capcorn.

Alter Ego juga pernah memenangi kejohanan jemputan MPLI, tempat kedua di MPL Indonesia musim keenam.

RELATED NEWS

+