Demo Untuk Anthem Akan Dikeluarkan Pada Februari 2019, Kata BioWare

Nampaknya BioWare tak mahu menunggu lama untuk mendedahkan demo bagi permainan terbarunya, Anthem. Ini kerana Anthem akan hanya tiba pada 22 Februari di PS4, Xbox One dan PC tapi memberi peluang kepada pemain untuk mencubanya di awal bulan.

Macam mana pun, demo ini hanya boleh dimainkan oleh VIP yang bermaksud dengan cara pra-tempah atau pun melanggan EA Access. BioWare juga mengatakan yang demo ini adalalah permainan penuh dan bukannya previu teknikal seperti Destiny dulu.

Akan ada cara lain untuk bermain demo ini dan BioWare akan mengumumkannya kemudian. Jom saksikan trailernya di bawah:

Sumber: Engadget

RELATED NEWS

+