Dijangkiti COVID-19, Ahmad takkan sertai Alter Ego di M2

Pemain tunjang Alter Ego, Ahmad Abdurrachman tidak akan menyertai pasukannya bagi bertanding di kejohanan dunia Mobile Legends, M2.

Menerusi satu posting di Instagram, Ahmad dikhabarkan dijangkiti COVID-19 kerana terlibat dalam satu acara bersama pempengaruh di Indonesia. Selepas melakukan swab, beliau positif dan tidak dapat menyertai perjalanan ke Singapura.

Posisinya akan digantikan oleh Yam.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Alter Ego e-Sports (@alteregoesports)

Ahmad sebelum ini membantu skuad Alter Ego mendapat tempat kedua di MPL Indonesia musim keenam dan juara Kejohanan Jemputan (MPLI). Beliau merupakan offlaner yang sangat baik dan sudah bersama organisasi itu sejak MPL ID musim kedua lagi.

Pastinya Alter Ego perlu mengatur kembali strategi mereka dengan ketiadaan Ahmad.

M2 akan dianjurkan oleh Moonton pada 18 Januari dengan kerjasama Persatuan Cybersports dan Online Gaming Singapura (SCOGA) serta disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Tidak seperti MPL atau MPLI, M2 akan diadakan secara offline di Shangri-La Singapura untuk hadiah terkumpul AS$300,000 (RM1.2 juta).

Sebanyak lapan pasukan dari negara MPL dan empat pasukan dari negara tiada MPL menyertai.

Mereka adalah: 

  • Malaysia – Todak
  • Singapura – RSG dan EVOS SG
  • Indonesia – RRQ dan Alter Ego Esports
  • Filipina – Bren Esports dan Omega Esports
  • Myanmar – Burmese Ghouls
  • Kemboja – Impunity KH
  • Brazil – Dreammax
  • Jepun – 10S Gaming Frost
  • Rusia – Unique Devu

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+