DOTA 2: Liquid Menang Mudah Ke Atas Infamous Dalam Group Stage StarLadder i-League Invitational Season 4 Minor

Dalam kejohanan StarLadder i-League Invitational Season 4 Minor hari ini yang mempertandingkan AS$300,000 dan 300 mata Dota Pro Circuit, Team Liquid terus menerajui pertarungan pertama dalam peringkat kumpulan (group stage). Ini adalah rundown daripada penulis untuk perlawanan pertama dan kedua ke atas Infamous sebentar tadi.

Sumber: Starladder

GAME 1

Liquid mempertaruhkan hero dalam meta terkini iaitu Dragon Knight dan Gyrocopter untuk Miracle- dan Matumbaman. Taktik itu berjaya tapi masih tidak berkesan sehinggalah late game kerana Luna yang dipilih Infamous begitu farmed pada minit ke-25.

Kelebihan masih memihak kepada Liquid kerana ketiga-tiga core iaitu DK, Gyrocopter dan Brewmaster masing-masing mendapatkan farm yang cukup untuk kekal di atas.

Support Liquid juga tidak kurang hebatnya dengan adanya Disruptor yang mampu Aoe Silence dan Elder Titan yang sentiasa membuat kecoh dengan hentakan yang menghadkan pergerakan musuh.

Pada minit ke-33, Infamous cuba untuk menggagalkan usaha Liquid yang sedang Roshan manakala Luna terus split push di bottom. Bagaimanapun, Liquid cukup kuat menewaskan Roshan tepat pada masanya dan mereka berjaya mendapatkan Aegis, membunuh Luna serta mendapatkan bottom dan mid barracks.

Clash pada minit ke-35 pula menyaksikan panggilan GG daripada Infamous apabila line up Liquid terbukti lebih kuat dalam team fight dengan advantage pada Aegis. Walaupun DK menerima sebanyak mungkin damage daripada Eclipse dan tewas, Matumbaman masih kekal di medan pertarungan dan menewaskan keseluruhan line-up Infamous.

Sementara itu, Papita sebagai Viper juga kurang impak dalam perlawanan terakhir itu kerana kekurangan damage untuk menewaskan ketiga-tiga core Liquid.

GAME 2

Seperti biasa, Liquid sangat selesa dengan line-up yang agak greedy, meletakkan GH di zon selesa dengan IO combo bersama Tiny tapi kali ini Mind Control yang memainkannya.

Mereka juga mempertaruhkan hero seperti Razor yang boleh safe farm di lane dan Pugna yang juga pick sesuai berdepan Death Prophet.

Pada minit ke-15, mereka cuba setup gank dengan kuasa tidur Naga bagi menangkap Matumbaman dan Mind Control. Usaha mereka gagal kerana kedua hero itu dengan mudahnya dapat sustain sepanjang teamfight. Death Prophet yang masih aktif dengan ulti pun tak dapat berbuat apa-apa untuk timpakan damage.

Pada minit ke-21 Infamous hanya membiarkan Liquid memecahkan kubu mereka kerana tidak mampu untuk counter push. Kotaro juga cuba membuat play untuk catch support Liquid tapi kerana ada blue ward dan kuasa spirit daripada IO yang bertindak sebagai vision, ia tak berjaya. Dengan bantuan Pugna, ternyata mudah untuk memecahkan barracks.

Pada minit ke-22, teamfight yang agak epik terjadi antara kedua-dua pasukan ini. Naga menyediakan set up begitu baik untuk combo daripada Disruptor. Infamous berjaya menangkap IO dan Ancient Apparition manakala Miracle- dan Matumbaman lari menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, mereka kembali untuk teamfight dan berjaya mematahkan serangan daripada Infamous. Infamous seterusnya membuat panggilan GG apabila Liquid sekali lagi berjaya menembusi kubu pertahanan mereka akibat kekalahan teamfight itu.

Untuk jadual perlawanan penuh bagi kejohanan ini, boleh lihat SINI. Untuk menonton stream, boleh ke Twitch.tv. 

RELATED NEWS

+