Pusingan Akhir FIFA Online 3 National Championship Musim 7 – Meet Team Orange. RF Maestro

Pusingan Akhir bagi Kejohanan FIFA Online 3 National Championship musim ketujuh akan bermula tak lama lagi iaitu pada 11, 12 dan 13 November ini! Kali ini ia akan diadakan di Kuantan City Mall, Kuantan dan menghimpunkan empat pasukan yang sudah pun berjaya membuktikan diri mereka untuk layak ke peringkat akhir ini.

  • Juara bertahan
  • Mereka ditempatkan dalam group of death kerana adanya pasukan seperti Azuri Crew dan Fight Until The End (F.U.T.E).
  • Azuri Crew memperoleh tempat keempat di NC musim kelima. Fardhino yang pernah mewakili Singapura dalam SEA Open Championship turut menjadi tonggak pasukan.
  • F.U.T.E adalah pasukan yang meningkat naik dalam e-sukan FO3. Pasukan itu mendapat kedudukan yang baik dalam pertandingan LAN.
  • Walaupun berada dalam kedudukan bahaya, Orange. RF Maestro berjaya membuktikan kebolehan mereka dengan memenangi lima dari enam perlawanan.

DARI kiri, Md Imran Sah Bin Md Sayd Ahamed (JohnMalaya), 19, Muhammad Faiz Hariry Bin Mohd Fodzai ( FavLain), 19, Firdza Ahmeer b idrus ilias (Access), 25 dan Wan Muhammad Hakimm Bin Wan Narizan (P3rlisTeAmJr), 19 (kapten)

1. Tahniah kerana sudah berjaya ke final! Apa expectation kapten (Mushiroo) untuk NCS7 kali ini?

Saya jangka saingan sengit dari semua peserta dan walau macam mana pun kami mahu kekal menjadi juara bertahan. Kami sangat yakin untuk memenangi kejohanan seterusnya ini.

2. Apa pandangan kapten dengan line up kali ini?

Tentang line up kali ini ya , saya berpandangan bahawa line up mungkin bertambah baik dan setiap peserta NCS7 harus bersedia dan percaya kepada teammate mereka.

3. Grand final sudah tentunya sengit dan mencabar. Apa persediaan atau rutin setiap ahli sebelum menyertai kejohanan ini?

Persediaan untuk tournament ini ialah berlatih bersama selama mungkin dan mengkaji taktik serta strategi pihak lawan.

4. Adakah ibu bapa akan turut beri sokongan untuk kejohanan kali ini?

Ya, Insyaallah ibu bapa saya akn datang untuk mmberi sokongan dan pastinya mereka yakin bahawa team saya dapat memenangi pertandingan ini kerana mereka selalu mmberi dorongan dan sokongan kepada saya selama ini.

5. Sebagai kapten, kamu rasa peluang untuk menang kali ini mungkin lebih tinggi berbanding sebelum ini?

Saya rasa team sy berpeluang tinggi utk menang pd kali ini kerana sebelum2 ini team saya sering memenangi setiap event yg ada dan mndpt achievement

6. Sebagai kapten, apa cabaran paling sukar yang korang hadapi?

Sebagai kapten muda, cabaran yang saya hadapi tidaklah sesukar seperti yang dijangkakan kerana faktor pengalaman bermain di pelbagai kejohanan yang memerlukan tahap disiplin dan kesabaran yang tinggi.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Pusingan Akhir FIFA Online 3 National Championship di TV9 pada 5.30PM, 11 November, 2017!

TAGS

RELATED NEWS

+