Sukan SEA 2019: Laluan Sukar Harimau Malaya Hari Ini, Bakal Bertembung Indonesia Di Upper Bracket Mobile Legends

Semestinya satu laluan sukar bakal ditempuh atlet-atlet negara yang bertanding dalam kategori e-sukan Mobile Legends: Bang Bang di temasya Sukan SEA 2019 apabila terpaksa berdepan skuad Garuda diwakili oleh pemain-pemain yang pernah memenangi kejohanan dunia M1.

Semalam, skuad negara pulun peringkat kumpulan A dengan dominasi sebanyak 8 mata, meninggalkan Vietnam dan Singapura di belakang dengan 6 mata. Kemboja pula gagal meraih walau satu kemenangan selepas tewas kesemua perlawanan. 

Skuad Harimau Malaya diwakili oleh Ahmad Ali Huzaifi Abdullah, Abdul Wandi Abdul Kadir, Izme Haqeem Hamsjid, Muhammad Hazeem Onn, Jamil Nurolla dan Mohd Faris Zakaria. 

Di kumpulan B, Indonesia cemerlang dengan 7 mata, diikuti Filipina dengan 5 mata. Begitu juga dengan Laos, gagal meraih sebarang mata sama seperti Kemboja.

Semestinya satu perlawanan sengit akan berlangsung pada jam 5 petang nanti kerana Indonesia mengumpulkan ramai star player dari Evos Legends (juara M1).

Jangan lupa berikan sokongan kepada atlet negara bertanding bagi e-sukan lain iaitu Hearthstone dan Starcraft II hari ini.

Jadual penuh:

  • 9:30 – Hearthstone Upper Bracket First Round
  • 11:15 – Hearthstone Upper Bracket First Round
  • 13:15 – Starcraft II Upper Bracket Finals
  • 15:00 – Starcraft II Lower Bracket Finals
  • 17:00 – Mobile Legends: Bang Bang Upper Bracket Finals
  • 19:00 – Mobile Legends: Bang Bang Lower Bracket Semis

Saksikan penstriman langsung di Twitch: Razer atau Youtube: Razer

(Foto: Mobile Legends: Bang Bang)

RELATED NEWS

+