Pada zaman sekarang, video game seronok dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, tua atau muda dan tak kira di mana anda berada. Walaubagaimanapun, terdapat lagi persepsi negatif yang menyelubungi aktiviti bermain game yang mana boleh mendorong kepada ketagihan."> Pada zaman sekarang, video game seronok dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, tua atau muda dan tak kira di mana anda berada. Walaubagaimanapun, terdapat lagi persepsi negatif yang menyelubungi aktiviti bermain game yang mana boleh mendorong kepada ketagihan." /> Pada zaman sekarang, video game seronok dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, tua atau muda dan tak kira di mana anda berada. Walaubagaimanapun, terdapat lagi persepsi negatif yang menyelubungi aktiviti bermain game yang mana boleh mendorong kepada ketagihan." />

Terbang Tinggi! Jurutera Helikopter Ini Peminat Besar Mobile Legends!
Pada zaman sekarang, video game seronok dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, tua atau muda dan tak kira di mana anda berada. Walaubagaimanapun, terdapat lagi persepsi negatif yang menyelubungi aktiviti bermain game yang mana boleh mendorong kepada ketagihan.
 
MyGameOn sempat berborak bersama Ezzy Kisuke, seorang jurutera helikopter berlesen yang gemar bermain game & cosplay untuk bertanyakan bagaimana mula terbit rasa minat main game serta cara untuk seimbang hobi dan kerjaya.

Ezzy sebagai Hanzo dari Mobile Legends. Gambar diambil oleh Aki the Photobug and His Den of Goodies. Kostum direka oleh JK Creative

 
MyGameOn: Bila mula rasa minat main game?

Ezzy: Saya mula bermain sejak dari bangku sekolah. Ketika itu, bapa saya belikan sebuah game Tetris daripada pasar malam dan dari sini, saya mula minat bermain game. Hampir setiap hari saya bawa peranti itu ke sekolah dan selalu main sehingga saya terkantoi semasa spot check. Bermula dari situ, saya mula menyimpan duit untuk beli game SNES dan menukar peranti gaming saya mengikut trend semasa sehingga sekarang.

MGO: Apa tarikan Mobile Legends yang tiada dalam game lain?

Ezzy: Saya suka bermain dengan kawan-kawan saya, Momo Rex, Fyra Zaidi, Farah Pa-in, Azuma Kun, Jiro Kazuhiko, Atung, Fathan dan ramai lagi. Malah, mereka yang racun saya untuk bermain Mobile Legends. Selain itu, kumpulan cosplay saya JengKreng (JK Creative) juga aktif bermain dan cosplay karakter-karakter Mobile Legends. 

MGO: Kenapa suka main Mobile Legends berbanding game popular lain seperti Dota 2 dan PUBG? 

Ezzy: Sebab utama kenapa saya suka Mobile Legends adalah suasana yang menyeronokkan. Saya sedar kadang-kadang ia boleh jadi toksik tetapi bagi saya, saya sukakan pengalaman yang mana semua orang sedang seronok bermain Mobile Legends bersama-sama.

Perkara lain saya suka adalah apabila saya dengar suara jerit ‘SAVAGE’ dalam game adalah sangat energetik dan menarik perhatian saya. Saya juga suka rekaan hero walaupun ada sesetengah itu nampak seperti mengikut hero lain tetapi ada ciri-ciri dan reka lain daripada yang lain. 

Saya beli hampir semua hero lelaki seperti Helcurt, Hanzo, Sun, Khufra, Martis dan Thamuz manakala ada juga beli beberapa hero perempuan. Saya minat bermain sebagai Fighter atau Assassin.

MGO: Apa hero kegemaran Mobile Legends anda dan kenapa?

Ezzy: Saya suka Sun kerana saya suka guna watak Fighter. Lagipun, saya gunakan dia pada awal perlawanan untuk jatuhkan tower kerana dia boleh seru doppelgangers untuk tolong dia yang mana setiap satu daripada doppelganger itu mempunyai kuasa 70-100% daripada Sun dan serangan mereka juga menyembuhkan HP Sun.

Ezzy di tempat kerja

MGO: Sebagai seorang jurutera sepenuh masa, bagaimana cara anda seimbangkan masa antara kerja dan bermain game?

Ezzy: Apa yang saya tahu setakat ini ia adalah susah untuk seimbangkan masa bekerja dan gaming terutamanya kalau anda lakukan kerja sepenuh masa. Walau apa-apa pun, utamakan perkara penting terdahulu dan sentiasa berdisiplin. 

Ingat, kerja atau belajar adalah perkara penting kerana ia adalah perkara utama dalam hidup kami. Bermain game adalah sekadar hobi kepada saya. Saya selalu bermain semasa hari cuti atau lepas kerja tetapi kalau jadual kerja saya tidak sibuk sangat, saya boleh bermain online di tempat kerja dan tidak terlalu bosan semasa kerja.

MGO: Apa pendapat anda tentang masyarakat yang fikir akan bermain game boleh mengakibatkan gejala tidak sihat seperti ketagihan?

Ezzy: Ya, bermain game tanpa kawalan boleh mengundang ketagihan dan kesan buruk kepada otak kita tetapi kalau kita bermain game secara sihat, ia boleh mendatangkan kesan positif. Bermain game boleh latih otak kita. Dalam kebanyakkan game, kebolehan seperti pemikiran abstrak dan tahap tinggi diperlukan untuk menang. Game juga boleh beri faedah lain seperti penyelesaian masalah dan logik, perancangan, lakukan beberapa tugas dalam satu masa, analisis pantas dan membuat keputusan.

Untuk Mobile Legends, kita boleh jalin kerjasama ketika bermain bersama pemain lain. Selagi anda tahu mana penting dan kurang penting dalam aktiviti seharian, tiada masalahlah untuk seseorang main game.

RELATED NEWS

+