The Game Awards 2020 akan diadakan pada 10 Disember

Acara penganugerahan permainan video The Game Awards 2020 akan berlangsung pada 10 Disember ini. Ia akan disiarkan secara langsung dari tiga lokasi berbezai iaitu Los Angeles, London, dan Tokyo.

“Pada tahun 2020, permainan video telah menjadi sesuatu yang menghubungkan dan memberikan raja teruja kepada kita semua. Ini membuatkan The Game Awards tahun ini menjadi acara paling penting untuk kami,” kata Geoff Keighley, penerbit dan pengacara The Game Awards.

Satu anugerah baharu akan diperkenalkan iaitu “Innovation in Accessibility”. Anugerah ini akan diberikan kepada pembangun yang membenarkan lebih ramai orang (tidak mengira keupayaan) untuk menikmati permainan video.

Butiran-butiran penting mengenai acara ini seperti waktu siaran, platform siaran, dan banyak lagi akan diumumkan pada masa akan datang. Pastikan anda mengikuti laman web rasmi The Game Awards.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+