M5 akan dianjurkan di Filipina

Kejohanan dunia Mobile Legends, M5 akan dianjurkan di Filipina pada Disember ini.

Ia diumumkan dalam satu pengumuman sebelum Grand Final antara dua pasukan Filipina, ECHO PH dan Blacklist International.

 

@mygameondotmy Kejohanan M5 diumumkan dan di adakan di Filipina! #daretobegreat #mlbbm4 #m4 #kakigaming #mobilelegends #fyp #mygameon ♬ Dare to be great – Candice Pillay

Presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina Abraham “Bambol” Tolentino juga berucap tadi mengatakan mereka sangat gembira untuk hos kejohanan dunia itu di Filipina.

“Kami sangat mengalu-alukan anda semua di Filipina bagi menikmati kejohanan dunia ini nanti,” katanya.

Rekod kejohanan dunia siri M yang lalu:

M1 – Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia

M2 – Shangri-LA Hotel, Singapura

M3 – Pusat Pameran dan Konvensyen Suntec, Singapura

M4 – Tennis Indoor Senayan, Jakarta, Indonesia

M5 – Filipina 

RELATED NEWS

+