Squad Up Arena Valorant Open Tournament – Jom daftar sekarang

Squad Up Arena akan muncul dengan pertandingan VALORANT sulung secara terbuka untuk ramai peminat.

Memperkenalkan Squad Up Arena Valorant Open Tournament.

Slot yang dibuka adalah sebanyak 128 pasukan dengan jumlah wang terkumpul RM5,000 untuk dimenangi.

Juara: RM2,500

Naib Juara: Rm1,250

Ketiga dan Keempat : RM625

Pendaftaran sudah dibuka sehingga 5 Ogos ini dan perlawanan akhir bakal berlangsung pada 27 dan 28 Ogos ini secara langsung di laman rasmi Facebook My Game On.

Squad Up Arena dibuat untuk kembali ke akar umbi komuniti dan e-sukan di Malaysia.

Lebih penting, acara ini memberi fokus kualiti bukan hanya kepada pasukan profesional tetapi kepada pasukan yang baru bertapak dan cuba menjejak kaki ke dunia profesional e-sukan.

Peluang ini diberikan untuk komuniti permainan video e-sukan Malaysia untuk mencari lebih banyak bakat baru dan peluang untuk mengasah lagi kehebatan mereka.

Squad Up Arena juga akan membawa lebih banyak pertandingan besar bukan sahaja VALORANT, PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang malah lebih banyak lagi.

Fokusnya adalah untuk pemain menjadi atlet e-sukan Malaysia yang bertaraf antarabangsa dengan memberi platform untuk mereka.

Mungkin anda adalah d4v41 seterusnya?Anda boleh membuat pendaftaran di sini. #INIGAMEKAMI

RELATED NEWS

+