MIYC menganjurkan kejohanan e-sukan – MIYC Esports Cup

Majlis Belia India Malaysia, MIYC, Cawangan Melawati bersama Majlis Belia India baru-baru ini menganjurkan sebuah kejohanan e-sukan MIYC Esports Cup. 

Kejohanan ini diadakan secara atas talian sepenuhnya, selama tiga hari iaitu 11 & 12 September untuk pusingan kelayakan dan 16 September lepas berlangsungnya pusingan separuh akhir dan pusingan akhir. 

Dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, MIYC Esports Cup disertai oleh 64 pasukan yang terdiri daripada 320 belia kaum India, dengan menawarkan hadiah sebanyak RM3,200. 

Ia juga menyaksikan pasukan MIYC Johor (A) menjadi juara sulung MIYC Esports Cup, diikuti Tamilshan Esport Clup (MTEC) di tempat kedua dan Anthena Kingslayerzz di tempat ketiga. 

Dengan penganjuran kejohanan ini, secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada golongan belia daripada kaum India mengenai bidang e-sukan yang sedang rancak membangun di Malaysia.

Selain itu, ia juga memberikan ruang kepada mereka untuk mempamerkan bakat, membina kerjaya dan keusahawaan bagi kaum India secara amnya, terutamanya pasca-pandemik ini. 

“Kejohanan ini akan menjadi tonjak utama bagi belia-belia kaum India untuk berkumpul dan menunjukkan bakat mereka,” kata pihak penganjur.

“Kami berharap kejohanan ini akan menjadi platform bagi belia kaum India untuk meluangkan masa dalam perkara berfaedah serta menjana pendapatan yang lumayan dalam dunia esukan semasa pandemik,” tambahnya.

RELATED NEWS

+