Todak League tiba untuk musim ke-2, hadiah terkumpul sehingga RM33,000

Todak League Musim ke-2 kini diumumkan. Ia adalah sebuah inisiatif untuk memberikan platform terbaik kepada peminat-peminat esukan mempamerkan bakat dan kebolehan mereka, selain memenangi hadiah daripada hadiah terkumpul RM33,000. 

Todak League Musim ke-2 akan mempertandingan dua judul esukan iaitu PUBG MOBILE dan Mobile Legends: Bang Bang, dengan beberapa kategori. 

Bagi Mobile Legends: Bang Bang, kategori yang dipertandingkan ialah kategori terbuka, dengan tawaran hadiah sebanyak RM10,000. 

Manakala, bagi PUBG MOBILE, tawaran hadiah ialah sebanyak RM23,000 dengan tiga kategori yang akan dipertandingkan iaitu kategori terbuka, kategori bawah 18 tahun dan kategori wanita terbuka. 

Pendaftaran bagi Liga Todak Musim dibuka bermula 20 September hingga 1 Oktober ini. Dan pentas liga akan berlangsung bermula 4 Oktober hingga 17 Disember 2021. 

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai Todak League sila layari laman sesawang mereka di SINI

RELATED NEWS

+