Alice dan Lunox adalah hero wajib ‘ban’ di rank sekarang

Siapa sangka, dua hero mage yang selalu jarang digunakan, Lunox dan Alice kini menjadi hero yang wajib dikenakan ‘ban’ dalam setiap perlawanan rank Mobile Legends.

Dari pemerhatian penulis yang sudah bermain lebih 30 perlawanan rank Legend dan ke atas, duo Mage ini pasti tidak terlepas dari dihalang dari digunakan dalam perlawanan rank.

Ia disebabkan buff yang diterima Alice dan Lunox dalam patch baharu ini.

Bagi Lunox, dia lebih memudahkan guna ulti Chaos dan Order dengan hanya menekan butang orb sekali (berbanding dua kali sebelum ini untuk tukar). Jadi penggunaan Lunox jungler atau mid sangat menakutkan para tank seperti Barats dan Balmond yang menjadi meta ketika ini.

Lunox juga mempunyai pengurangan cooldown untuk kuasanya sekarang jadi ulti boleh digunakan lebih cepat berbanding dulu.

Alice pula menjadi lebih menakutkan kerana mempunyai mana regen dan movement speed dari pasif baharu tanpa perlu kumpul energi darah.

Dia juga mendapat penambahan healing setiap kali naik level. Ini menjadikan Alice begitu mudah sustain dalam teamfight.

Ultinya pula kini memberikan efek pasif iaitu mengurangkan cooldown kuasa pertama dan kedua setiap kali anda menyedut nyawa hero. Jika berada dalam situasi teamfight, Alice boleh spam kuasa kedua, Blood Awe dengan lebih kerap dan damagenya pula tinggi mengikut Max HP pihak lawan.

RELATED NEWS

+