“Corak permainan pasukan Malaysia sukar diduga,” – Bon Chan

Filipina adalah salah satu negara Asia Tenggara yang terkuat di dalam permainan peranti mudah alih MLBB. Mereka adalah pencipta meta baharu dan corak permainan mereka sukar untuk diduga.

Kemenangan mereka ke atas pasukan Indonesia tempoh hari di Sukan SEA Hanoi 2021 menjadi bukti bahawa mereka masih mengekalkan tempat mereka di no. 1 dunia kategori MLBB.

Di dalam Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022 yang bakal berlangsung nanti, Bon Chan selaku jurulatih pasukan Filipina dan juga Blacklist International menyatakan mereka harus berwaspada ke atas pasukan Malaysia dan Singapura.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ONE Esports Indonesia (@oneesportsid)

“Prestasi pasukan Malaysia dan Singapura patut diwaspadai. Corak permainan mereka sukar untuk diduga setakat ini dan perkara ini terbukti sewaktu Sukan SEA Hanoi 2021 sebelum ini.” ujar Bon Chan.

Perlawanan pembukaan Sukan SEA 2021 terdahulu menyaksikan Malaysia kalah tipis dengan Filipina kerana mereka dihukum atas kesilapan kecil.

MSC 2022 mengumpulkan 12 pasukan dari Asia Tenggara untuk merebut gelaran juara serta wang hadiah lumayan terkumpul. Mari kita sama-sama berikan sokongan kepada pasukan Todak dan Orange Esports untuk mengangkat piala kali ini!

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+