Days Gone Terima New Game Plus & Mod Lain Khas Untuk Permainan Zombi Mencabar

Game eksklusif PS4 tahun ini, Days Gone bakal menerima mod New Game+ dan beberapa kandungan tambahan lain dalam jangka masa terdekat.

Menurut PlayStation Blog, pengarah Days Gone, Jeff Ross memberitahu pemain boleh merasai semula pengalaman merentas ke seluruh bandar Oregon yang dikerumuni dengan zombi melalui mod New Game Plus bersama-sama senjata, peningkatan motorsikal, suntikan NERO, kebolehan, resepi, semua penempatan kem dan kredit serta trofi-trofi yang telah dikumpul.

Korang boleh mulakan New Game Plus dari mana-mana save game sebaik sahaja korang tiba di bab “I’m Never Giving Up” dan boleh dimainkan dalam apa jua tahap kesusahan sama ada: Easy, Normal, Hard, Survival dan 2 penambahan tahap kesusahan baru: Hard II dan Survival II. Kedua-dua tahap penambahan baru ini juga tersedia untuk pemain baru dan bukan terhad kepada New Game Plus sahaja.

Selain itu, terdapat beberapa trofi baru untuk mod New Game Plus, Hard II dan Survival II termasuk ada satu trofi berkait-rapat dengan senjata misteri baru daripada seorang ejen yang beroperasi secara hendap. 

Baca lagi: Review: Days Gone – Apabila Bikers Teruskan Hidup Dalam Dunia Penuh Zombi

Kesemua peningkatan ini akan tiba dalam Days Gone secara percuma pada 13 September 2019. 

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+