Dominus dipinjamkan ke RSG MY?

Jendela perpindahan minggu keenam menyaksikan pasukan seperti Team Caracal dan Suhaz Esports mengambil pemain baru bagi melengkapkan barisan pemain mereka.

Pasukan RSG juga tidak ketinggalan dan mereka sudah mengumumkan akan ada seorang pemain yang belum didedahkan akan masuk ke pasukan itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by RSG Malaysia (@rsg.malaysia)

Pengumuman itu dibuat melalui sebuah hantaran di akaun Instagram rasmi mereka. Menjengah di ruangan komen, ramai netizen mengatakan pemain misteri itu adalah Dominus dari pasukan Geek Fam.

Namun begitu, belum ada pengumuman dari pihak Geek Fam tentang perkara itu. Siapakah pemain misteri yang akan bersama pasukan RSG MY nanti? Kita bakal saksikan.

Sementara itu, jendela perpindahan sudah tutup untuk minggu keenam dan mereka mungkin mengumumkan untuk minggu depan.

RELATED NEWS

+