Sambungan daripada artikel yang lepas, pasca The International 2019 menyaksikan lebih ramai pemain Dota 2 beralih angin dan mencari hala tuju baru dengan menukar pasukan. Artikel kali ini memfokuskan pada pertukaran roster yang berlaku dari 11 September hingga 18 September – apa yang terjadi?
J.Storm tukar roster
🌪Roster Update🌪
We wish @1437x the best as he gets married this fall and thank him for his time on the team.
Welcome to @MoOzDota who we pick up as a 4, while @FearDotA moves to the 5 position, the typical captain slot.
Thanks to our sponsors @ggbetofficial and @XPG_Global pic.twitter.com/u5frN95Qnr
— J.Storm (@Team_JStorm) September 17, 2019
Pasukan Amerika Utara, J.Storm mengumumkan penukaran pemain apabila 1437, kapten pasukan itu membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat sekali gus tidak mempunyai komitmen untuk skuad ini lagi.
Sementara itu, Clinton “Loomis” Fear, veteran Dota 2 akan menjadi kapten dan bermain sebagai hard support. MoOz pula akan menjadi posisi empat menggantikan Fear.
No[o]ne terus setia bersama Virtus.Pro
Walaupun dua ahli pasukannya, 9Pasha (Navi) dan Ramzes (Evil Geniuses) meninggalkan pasukan, No[o]ne terus setia bersama organisasi itu dan ini bermakna hanya tiga ahli yang tinggal iaitu Solo, No[o]ne dan juga Rodger.
Mereka kini masih mencari pengganti bagi posisi 3 dan 1 untuk menghadapi musim baru Dota Pro Circuit dalam masa terdekat.
Team Liquid melepaskan roster Dota 2 mereka
Selepas hampir lima tahun bersama organisasi, akhirnya skuad yang dipimpin oleh Kuro “Kuroky” Salehi Takhasomi memilih untuk meninggalkan Team Liquid. Sepanjang karier mereka di organisasi itu, Team Liquid menjuarai The International 7 dengan kemenangan 3-0 ke atas skuad China, Newbee. Perjuangan mereka tak terhenti di situ apabila mendapat tempat keempat di kejohanan dunia Dota 2, The International 8 dan terus mendominasi sebagai king of lower bracket di TI9 sebelum tewas di tangan juara, OG 1-3.
Perjuangan mereka ketika musim Dota Pro Circuit juga tak kurang hebatnya. Mereka banyak memenangi podium dan mempamerkan prestasi luar biasa. Namun, perjalanan ini kini berakhir.
Sebab sebenar pengunduran pemain-pemain ini tak didedahkan tapi mengikut track record Liquid yang gemar mempromosikan roster CS:GO mereka, mungkin ada isu pilih kasih dalam hal ini. Malah, Kuroky dalam satu temubual tak lama dulu juga mengatakan organisasi mengambil potongan hadiah kemenangan yang tinggi dan mereka sebenarnya boleh survive dalam industri (mendapatkan tempat latihan dan sebagainya) tanpa perlukan bantuan organisasi.
Buat masa ini, kelima-lima mereka masih kekal bersama namun tidak pasti jika Kuroky akan tubuh skuad sendiri dengan lineup sama atau apa pelan mereka bagi musim baru DPC ini.
March dan kpii sertai TNC
Dua pemain baru, Damien “kpii” Chok dan Taeon “March” Park menyertai TNC menggantikan Kuku dan Eyyou. TNC juga mengucapkan selamat tinggal kepada jurulatih mereka, Lee “Heen” Seung Gon (veteran yang membantu Liquid memenangi TI7 dua tahun lalu).
Ini adalah lineup penuh mereka untuk musim DPC akan datang ini:
🇵🇭 Kim “Gabbi” Villafuerte
🇵🇭 Armel Paul “Armel” Tabios
🇦🇺 Damien “kpii” Chok
🇵🇭 Timothy John “Tims” Randrup
🇰🇷 Taewon “March” Park
Artikel berkaitan: Abed dan Ramzes sertai Evil Geniuses
Terdapat banyak lagi pasukan akan mengalami pertukaran roster dan jangan lupa ikuti kami untuk perkembangan lanjut pasca The International 2019 ini!
Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.