Kingdom Come: Delivarance percuma di Steam dari 18 sehingga 22 Jun ini

Kingdom Come: Deliverance telah mencapai jualan lebih daripada 3 juta unit, umum pembangunnya Warhorse Studios. Studio tersebut juga mengumumkan logo baharu untuk syarikat mereka.

Untuk meraikan pencapaian ini, Kingdom Come: Deliverance boleh dimainkan secara percuma di Steam dari 18 Jun sehingga 22 Jun ini.

Pengumuman ini mungkin tidak menarik perhatian pemain PC yang menggunakan platform Epic Games Store kerana platform tersebut telah menawarkan judul tersebut secara percuma pada bulan Februari yang lalu.

Jika anda antara pemain PC yang kurang gemar menggunakan Epic Games Store dan belum pernah mencuba Kingdom Come: Deliverance, ini merupakan peluang yang baik untuk mencuba judul tersebut.

Sumber: gamesindustry.biz

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+