Rata-Rata Pemain Metro Exodus Meninggalkan Komen Positif Di Steam

Ramai yang tak berpuas hati dengan keputusan Deep Silver yang ingin mengalihkan Metro Exodus ke Epic Games Store.

Tapi bagi yang dah pra-tempah di Steam, mereka meninggalkan reviu positif sementara membidas Epic Games Store.

“Saya tahu tentang kontroversi bagi pelancaran ini dan rasa keputusan pembangun adalah tak adil kepada pengguna Steam yang merancang untuk membelinya pada hari pelancaran. Tapi macam manapun, mereka dah cipta satu masterpiece,” kata pengguna akaun AMZ. “Permainan ini adalah seni. Mereka mencipta sesuatu yang cantik dan unik berkisarkan dunia pasca apokalips,”

“Seperti orang lain cakap: Ia adalah permainan yang sangat MENARIK dan detailed, ceritanya juga kaya dengan idea, ia adalah satu nafas baru untuk menyaksikan semua ini dalam genre shooting multi-pemain,” kata pengguna akaun Freedom-Fiesta. “Satu penghargaan besar kepada pembangun yang memberikan pengalaman menarik kepada kami untuk nikmati. Tapi buat malu saja kepada pembangun kerana bersetuju dengan keputusan yang tamak (beralih ke Epic Games Store) ini. Kalau anda baca ini pada tahun 2020, saya harap anda masih dapat enjoy permainan ini seperti kami!

Melihat kepada reviu positif yang begitu banyak dalam masa singkat, adalah satu kejutan sebenarnya untuk Metro Exodus. Lagi-lagi apabila siri sebelum-sebelum ini yang dikatakan ia akan menjadi eksklusif untuk Epic Games Store, jadi ramailah berprasangka sama untuk entri kali ini.

Metro Exodus boleh dimainkan sekarang di PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+