Saints Row sedang dibangunkan tetapi masih tiada butiran didedahkan mengenainya sehingga hari ini."> Saints Row sedang dibangunkan tetapi masih tiada butiran didedahkan mengenainya sehingga hari ini." /> Saints Row sedang dibangunkan tetapi masih tiada butiran didedahkan mengenainya sehingga hari ini." />

Saints Row: The Third Remastered Akan Dilancarkan Pada 22 Mei 2020

Sudah lama kita tidak mendengar khabar tentang siri permainan video Saints Row. Pada tahun lepas, THQ menyatakan bahawa sebuah judul baru Saints Row sedang dibangunkan tetapi masih tiada butiran didedahkan mengenainya sehingga hari ini.

Satu berita baik bagi peminat Saints Row ialah tarikh pelancaran Sains Row: The Third Remastered telah diumumkan. Ia akan dilancarkan pada 22 Mei 2020 untuk PC (Epic Games Store), PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Versi remastered ini akan mengandungi kualiti grafik yang ditambahbaik dari segi tekstur dan pencahayaan. Nampaknya kesemua kandungan tambahan (DLC) yang dilancarkan untuk Saints Row: The Third juga akan dimasukkan sekali dalam versi ini.

Baru-baru ini, Saints Row IV: Re-Elected dilancarkan untuk Nintendo Switch. Penulis berharap selepas ini Volition dan Deep Silver akan bekerjasama untuk melancarkan versi remastered Saints Row 2 yang merupakan judul Saints Row 2 yang paling berkualiti (pada pendapat penulis).

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+