Manny Pacquiao melancarkan pasukan e-sukan tersendiri, Team Pacquiao GG

Senator Filipina dan bekas peninju profesional Manny Pacquiao kini melancarkan pasukan e-sukannya sendiri yang bertujuan mempromosikan bakat Filipina tempatan.

Pasukan baharu yang digelar ‘Team Pacquiao GG’ berusaha untuk mempromosikan strim tempatan, menganjurkan acara kompetitif dan terlibat dalam kerja amal. Penyandang senator itu secara peribadi melancarkan organisasi itu dalam satu acara di Parañaque City, Filipina.

Pasukan e-sukan ini hasil kerjasama antara Pacquiao dan organisasi e-sukan yang berpangkalan di London iaitu Veloce. Pasukan Filipina baharu itu adalah sebahagian daripada rancangan pengembangan Veloce di Asia Tenggara.

Setakat ini, Pacquiao sudah menandatangani lima orang pencipta kandungan yang akan menjadi tunjang bagi organisasi itu sebelum mereka mengembang dan mencari pemain professional bagi judul-judul e-sukan di rantau Asia Tenggara.

Lima orang pencipta kandungan itu adalah:

  • Elyson “Ghost Wrecker” Caranza
  • Kimberlee “Superkimbie” Arcillas
  • Koleen “Een” Mercado
  • Gian Lois “GLOCO” Concepcion
  • Shin Boo “Sh1nboo” Ponferrada

Lima orang pembangun kandungan ini terkenal dengan permainan seperti Wild Rift, VALORANT, Call of Duty Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang.

Pada masa ini, tiada pemain pro dalam senarai itu dan organisasi itu hanya menandatangani pembangun kandungan setakat ini. Team Pacquiao GG memasarkan dirinya sebagai organisasi e-sukan dan Manny Pacquiao mendedahkan dalam acara pelancaran bahawa organisasi itu berusaha untuk menandatangani pasukan profesional pada masa hadapan.

Menurut Pacquiao dalam acara pelancaran, beliau berkata, “Tujuan kami adalah untuk menjadi entiti e-sukan terbesar di Asia Tenggara melalui penglibatan komuniti, pasukan profesional, penciptaan kandungan dan pemberian amal.”

Beliau juga berkata bahawa e-sukan adalah sebuah sukan yang berkembang pesat dengan peluang perkerjaan yang tinggi. Pacquiao juga ingin memberi sesuatu kepada komuniti Filipina setelah bersara dari sukan boxingnya.

Sumber rujukan: AFK Gaming

RELATED NEWS

+